CIRIT BIRIT DAN MUNTAH


PENGENALAN

Masalah cirit birit (diarea) dan muntah selalunya dikenal pasti melalui peningkatan kekerapan membuang najis yang lembut dan berair dalam tempoh yang singkat. Kekerapan pembuangan najis berbeza di kalangan individu. Terdapat individu yang membuang air besar sekali dalam tempoh dua hingga tiga hari. Ada laporan yang mencatat berat  normal najis sehari lebih kurang 100 hingga 150 gram. Jika beratnya mencapai 200 hingga 300 gram (atau lebih daripada 200ml/hari), ini dianggap sebagai cirit birit.

Faktor utama yang menyebabkan berlaku cirit-birit ialah pengumpulan air pada bahagian usus. Kandungan air  meningkat kepada 60 hingga 90 peratus. Air ini sepatutnya diserap semula oleh usus. Cirit-birit berlaku apabila faktor-faktor tertentu mengganggu keupayaan usus untuk menyerap air dan garam mineral daripada najis. Kadangkala najis tersebut berdarah, bernanah dan berlendir.

Bagaimana cirit-birit dan muntah boleh berlaku? 

         Cirit-birit dan muntah berlaku akibat pelbagai perkara, menyebabkan pihak perubatan sukar untuk mengenal pasti punca masalah tersebut. Ia memerlukan sejarah pesakit, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal yang rapi. Punca masalah ciri-birit dan muntah boleh berlaku akibat masalah psikogenik (ketegangan emosi dan kerisauan), neurogenik (gangguan sistem saraf), selepas pembedahan,

gangguan sistem kelenjar (edokdrin), rengsaan, osmotik, pemakanan, alahan, masalah penyerapan makanan dan garam mineral, jangkitan serta radangan.
        
 Jadual 1: Kandungan Garam Mineral dan Air Dalam Najis Normal Berbanding Dengan Cirit-Birit    
Komponen

Cirit-birit

Normal

Bikarbonat (mEq per liter)
30
30-45
Klorida (mEq per liter)
15
20-40
Kalium (mEq per liter)
90
35-60
Natrium (mEq per liter)
40
25-50
Air (mEq per 24 jam)
0.10 - 0.2
3-10

PUNCA-PUNCA

Jangkitan agen penyakit seperti bakteria (Salmonella, Shigella, Vibrio, E. Coli, Staphylococcus, Bacillus Sereus, Clostridium Perfringes, Vibrio Cholerae), Virus (Enterovirus, Rotavirus, Norwalk), Protozoa (Ertamoeba Histolytica, Giardia Lamblia) dan cacing (cacing cambuk), taun (kolera), demam kepialu (tifoid)
Kuman-kuman juga boleh merebak melalui air, makanan, tangan, perkakas seperti pinggan mangkuk, lalat dan kotoran yang melekat pada kuku jari.

Cirit-birit dan muntah disebabkan kuman bakteria

             Kebiasaannya, kuman bakteria yang sering menyebabkan cirit-birit akut ialah E. coli, Shigella, Camphylobacter dan Staphylococuc. Bahagian usus yang terbabit ialah usus kecil. Antara tanda-tandanya ialah najis berair yang banyak secara tiba-tiba, rasa mual, muntah, kekejangan di bahagian perut dan kadangkala mengalami demam. 

 1      : E.Coli          


 2      : Shigella      

 3      : Camphylobacter

Jika usus besar terbabit, individu akan mengalami demam, kekejangan di bahagian perut (perut), rasa ketegangan dan kerap kali menghasilkan najis berdarah dan bernanah. Individu yang termakan racun oleh kuman Staphylococos  akan menerima kesannya dalam tempoh satu hingga dua jam, dan 12 hingga 24 jam jika racun itu dihasilkan oleh bakteria Salmonella. Kesan-kesan lain ialah demam, lesu, sakit otot, pedih pada bahagian ulu hati dan masalah anoreksia yang teruk. Individu yang dijangkiti oleh kuman virus, sering

merasa sakit yang teruk pada bahagian atas pusat dan muntah-muntah dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum masalah ini mulai reda.
             Cirit-birit dan muntah yang boleh disebabkan oleh kuman bakteria campylobacter jejuni yang memakan masa satu minggu. Rawatan bantuan sudah memadai tetapi jika tidak berkesan antibiotik eritromisin perlu diberikan. Selain itu, bakteria Ysrsinia enterocolitica turut menyebabkan cirit-birit. Masalah ini berlarutan selama satu hingga tiga minggu dan akan reda sendiri. Pesakit hanya memerlukan rawatan sokongan tanpa ubat antibiotik.

Cirit-birit dan muntah akibat jangkitan hanya perlu dirawat dengan memberikan air yang secukupnya dan  garam  mineral bagi menggantikan jumlah air yang telah hilang melalui pembuangan najis berair yang kerap. Dalam kebanyakan kes, masalah akan reda dengan sendiri dan fungsi saluran pemakanan (usus) akan pulih tanpa atau dengan rawatan dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Antibiotik hanya digunakan apabila   cirit-birit dan muntah terus berlaku dalam tempoh yang lebih lama walaupun rawatan sokongan telah diberikan kepada  pesakit.

 4      : Salmonelosis

Cirit-birit dan muntah akibat kuman virus

Bayi dan kanak-kanak sering mengalami masalah cirit-birit dan muntah. Puncanya sukar dikenal pasti walaupun dalam kebanyakan kes disebabkan oleh kuman virus. Kuman virus yang sering menjangkiti kanak-kanak ialah rotavirus. Kanak-kanak akan mengalami kesan jangkitan dalam tempoh 12 hingga 48 jam. Mereka  akan mengalami cirit-birit, muntah-muntah dan demam. Namun cirit-birit tersebut akan reda dengan sendiri dalam tempoh lima hingga lapan hari. Manakala individu hanya perlu diberikan rawatan sokongan sahaja. Kajian membuktikan bahawa susu ibu mampu mencegah bayi daripada mengalami cirit-birit dan muntah.

Cirit-birit yang akut pada kanak-kanak terutamanya bayi boleh membahayakan kesihatan mereka akibat ketidakseimbangan garam mineral dalam tubuh dan kekurangan air yang teruk. Kekerapan cirit-birit  sebanyak lapan hingga 10 kali sehari bagi bayi berumur dua bulan boleh menyebabkan kehilangan cecair dalam badan yang serius sehingga mengakibatkan kegagalan fungsi buah pinggang dan fungsi jantung serta gangguan peredaran darah. Bagi kanak-kanak, masalah cirit-birit adalah serius  dan perlu pemerhatian doktor.

Cirit-birit dan muntah diakibatkan oleh protozoa

             Cirit-birit yang akut boleh juga disebabkan oleh organisma protozoa yang dikenali sebagai Giardia lamblia  dan Entamoeba histolytica. Protozoa Giardiasis

sering menjangkiti kanak-kanak, pelancong yang  melancong ke kawasan atau negara bercuaca panas (tropika dan subtropika) serta pesakit-pesakit yang            berada dalam wad hospital. Selepas satu hingga tiga hari jangkitan, individu akan mendapat cirit-birit dan  kekejangan di bahagian perut. 

Organisma protozoa Entamoeba histolytica selalu berada dalam kawasan yang mempunyai sistem    pembuangan najis yang tidak bersih dan sempurna dan menjangkiti pesakit-pesakit yang berada di dalam  hospital, pelancong dan pekerja-pekerja atau buruh asing (luar negara). Mereka akan mengalami   kekejangan pada bahagian perut yang teruk dan cirit-birit selama tiga hingga 10 hari. Rawatan yang   sesuai bagi kedua-dua jenis jangkitan oleh protozoa ialah ubat antibiotik Metronidazole

 5      : Entamoeba

Giardiasis disebabkan oleh protozoa Giardia lamblia terdapat dalam saluran usus dan najis manusia. Air kumbahan yang digunakan sebagai baja pada sayur dan penyedia makanan tidak membersihkan tangan adalah punca berlaku keracunan ini.

 6      : Giardiasis

 7      : Giardia Lamblia

Amebiasis dikenali juga sebagai disenteri amebik dan disebabkan oleh Entamoeba histolytica.  Puncanya adalah sama seperti keracunan protozoa Giardia lamblia. Tanda-tanda keracunan ialah kawasan badan di sekitar hati dan usus besar menjadi lembut, cirit-birit, rasa berdebar, kehilangan berat dan lemah badan.
                                    
 8    : Organisma protozoa

Cirit-birit dan muntah disebabkan oleh Toksin

Cirit-birit dan muntah yang dialami oleh pengembara disebabkan oleh bakteria Escherichia coli atau E. coli yang boleh menghasilkan toksin. Penyakit ini berlaku kerana penyediaan makanan dan air tidak bersih. Cereus disebabkan

oleh bakteria bacillus cereus.  Tanda-tanda umum dirasai di antara 1-18 jam selepas makan. Bagaimanapun, keracunan jenis ini tidak melebihi 24 jam.
Cholera disebabkan oleh bakteria vibro cholera yang terdapat dalam ikan, kerang, kupang dan jenis-jenis siput yang ditangkap di kawasan air yang tercemar. Tanda-tanda bermula antara 1-3 hari selepas makan dan boleh bermula dengan cirit-birit ringan dan seterusnya maut akibat badan kehilangan air hasil daripada cirit-birit yang teruk.  Gastroenteritis disebabkan oleh Yersinia enterocolitica, sejenis bakteria yang terdapat dalam daging, air, sayuran mentah dan susu tidak pasteur. Tanda-tanda bermula 2-5 hari selepas makan. Selain daripada tanda umum, demam dan kelesuan mungkin berlaku sama seperti demam selsema. Jika tidak dirawat pesakit boleh menjadi lebih teruk lagi. 
Listeriosis kerana bakteria Listeria monocytogenes. Walaupun jarang berlaku ia boleh menyebabkan maut.  Tanda penyakit termasuklah kesejukan, keracunan darah dan kelahiran tidak cukup bulan bagi wanita mengandung. Dalam kes yang parah, penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan saraf tunjang.  Shigeliosis atau Disenteri disebabkan oleh bakteria Shigella sp., tanda- tanda bermula dalam masa 1-7 jam selepas makan. Selain daripada tanda-tanda umum, darah, nanah atau lendir boleh terdapat dalam najis.  Salmonelosis, keracunannya disebabkan oleh bakteria Salmonella yang didapati dalam ayam. Tanda-tanda umum dirasakan selepas 24-48 jam.  Staphylococcus aureus sejenis bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi.

Keracunan jenis ini sering berlaku. Tandanya dirasai dalam jangkamasa 1-8 jam selepas makan, serta berlarutan sehingga 24-48 jam. Tanda-tandanya agak umum.

9    : Listeriosis
10    : Bakteria Listeria monocytogenes

Cirit-birit dan muntah disebabkan oleh keracunan makanan
Antara makanan yang sering tercemar akibat terdedah kepada bakteria yang boleh mengakibatkan berlakunya keracunan makanan ialah:-
  • Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim.
  • Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya.
  • Roti dan kuih-muih.
  • Makanan laut seperti kerang.
  • Daging- lembu, ayam, ikan.
  • Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang kembung pada bahagaian atasnya atau berkarat.

Keadaan sekitar anda dan pengendalian makanan yang tidak teliti juga menggalakkan bakteria mencemari makanan. Beberapa contoh keadaan yang sering berlaku, termasuklah;
·         Makanan mentah.
·         Daging, ayam dan ikan tidak disimpan di tempat dingin.
·         Makanan beku yang dibiarkan  pada suasana yang panas terlalu lama.
·         Makanan dalam tin terdedah kepada suhu bilik selepas dibuka.
·         Makanan basah dan berair yang didedahkan pada tempat panas.
·          Buah-buahan serta sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan baik.
·          Makanan tercemar semasa dimasak atau dibungkus.
·         Makanan tidak disimpan segera





Cirit-birit dan muntah disebabkan oleh  bahan kimia

Biasanya diakibatkan oleh kebakaran di kawasan perindustrian yang menghasilkan gas-gas beracun daripada bahan kimia cecair seperti ammonia, solvents yang digunakan untuk cucian kering, sewer gas dan juga karbon monoksida. Gas yang masuk ke dalam hidung akan diserap terus ke dalam paru-paru dan mula dipindahkan ke seluruh badan. Ini akan mengakibatkan fungsi badan akan terjejas.

Suntikan adalah merupakan kaedah memasukkan bahan seperti kulit. Keracunan yang dimasukkan ialah apabila melakukan suntikan yang berisi  bahan kimia larangan seperti dadah atau sengatan serangga. Ini kerana suntikan dadah yang berlebihan boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda dan gejala tersebut akan menyebabkan:
i)             Sakit kepala
ii)            Sakit dada
iii)           Otot-otot badan menjadi lemah
iv)           Cirit-birit dan muntah-muntah
v)            Pening
vi)           Tidak sedarkan diri
vii)         Pernafasan akan terhenti

Cirit-birit dan muntah disebabkan oleh ubat-ubatan

Terdapat ubat-ubat di dalam pasaran yang boleh mengakibatkan kesan sampingan cirit-birit. Individu yang menggunakan ubat-ubat tertentu untuk penyakit yang lain dan mendapat kesan sampingan cirit-birit. Kebanyakan daripada ubat antibiotik boleh menghasilkan kesan sampingan ini pada kebanyakan individu. Di antara ubat antibiotik tersebut ialah ampisilin, klindamisin, eritromisin, linkomisin, neomisin, triometoprim-sulfametoksazol, tetratsiklin dan sefalosporin. Kesan sampingan tersebut berlaku kerana ubat yang digunakan menyebabkan kuman bakteria dan kulat yang ada dalam tubuh rintang atau dalam kata lain antibiotik tersebut tidak berkesan terhadap             kuman-kuman tersebut. Akibatnya, kuman-kuman tersebut membiak dengan

banyak dan ada di antara bakteria yang menghasilkan racun atau toksin. Antara kuman bakteria yang sedia ada dalam usus dan membiak apabila individu berkenaan memakan antibiotik ialah staphylococcus aureus, Pseudomonas aeruginosa, Streptococcus faecalis, Canadida albicans, kumpulan Salmonella dan Proteus.

            Kesan sampingan ubat ini boleh reda dengan sendiri apabila ubat yang dimakan diberhentikan. Namun, individu dinasihatkan supaya menghubungi doktor atau ahli farmasi dengan segera apabila menghadapi kesan sampingan ubat tersebut. Doktor atau ahli farmasi juga patut menasihati pesakit berkaitan kesan samping cirit-birit yang mungkin akan dialami oleh individu apabila memakan sesuatu ubat.
  
Penggunaan antibiotik yang berpanjangan boleh menyebabkan pertumbuhan kuman bakteria Clostridium difficile. Ia akan menghasilkan racun yang boleh membawa maut jika masalah ini tidak ditangani dengan segera. Selain turut mengakibatkan radang pada bahagian usus kecil dan besar yang dikenali sebagai Pseudomembraneus colitis (PMC). Ini mudah berlaku pada warga tua. Individu akan mengalami cirit-birit yang sangat serius dan berpanjagan. Antara rawatan yang berkesan ialah dengan pemberian ubat antibiotik eritromisin, tetrasiklin, kumpulan sefalosporin, cankomisin dan metronidazol.


Kumpulan ubat lain yang boleh mengakibatkan kesan sampingan ialah seperti ubat untuk masalah sembelit, antasid, ubat darah tinggi, ubat kanser, ubat malaria  dan        ubat    gout.

 Masalah Penghadaman

Makanan yang mengandungi satu jenis bahan makanan sahaja yang selalunya diambil dengan banyak seperti protein sahaja ( daging ) atau lemak sahaja ataupun daripada jenis gula umpamanya laktos dan sukros. Di kalangan bayi ia boleh disebabkan oleh ketidakmatangan beberapa jenis enzim pencernaan untuk menghadam dan mencernakan  makanan .

Masalah lain berkenaan tubuh

Masalah lain berkenaan tubuh  ialah :
  • demam campak
  •  infeksi paru-paru
  •  infeksi saluran kencing
  •  masalah alergi yang menyeluruh.

Pemakanan yang tidak seimbang


Pemakanan yang tidak seimbang ialah pemberian makanan yang terlalu kerap dan tidak seimbang. Selain itu bahan makanan yang terlalu pekat, makanan yang terlalu manis, terlalu berlemak, atau terlalu banyak protein akan juga menyebabkan cirit-birit.

Simptom-Simptom cirit-birit dan muntah
Bagi kanak-kanak

Demam

            Jika suhu badan kanak-kanak melebihi 37 darjah celcius maka kanak-kanak tersebut sudah mendapat demam. Ibu bapa perlu mengambil tindakan bagi meredakan kepanasan badan kanak-kanak tersebut. 

Ubun-ubun kepala lekuk ( bagi bayi )        
            Jika ibu bapa mensyaki anak mereka mendapat cirit-birit boleh mengetahuinya dengan cara merasa dibahagian ubun kanak-kanak tersebut. jika terdapat lekukan maka naak-anak tersebut mengalami cirit-birit.

Terlalu haus  

            Petunjuk lain yang boleh digunakan ialah kecenderungan seseorang kanak-kanak itu minum dengan banyak. Ini adalah kerana cirit-birit yang dialami banyak menyebabkan kehilangan air. Dengan itu sistem fisiologi badan akan meransang seseorang merasa dahaga.

Tidak mahu makan atau minum seperti biasa. 
            Kanak-kanak yang menghadapi cirit-birit akan mengalami hilang selera makan. Ibu bapa perlu memujuk mereka makan dengan memberi makanan kegemaran mereka atau menyediakan makanan dengan cara yang lebih menarik.

Selalu muntah
            Cirit-birit juga menyebabkan pengidapnya selalu muntah.  Ibu bapa haruslah memberi perhatian kepada perkara ini kerana mereka perlu memberi gantian segera kepada makanan dan cairan yang dimuntahkan

Ada darah dalam najis ( tanda disenteri )
            Ini berlaku kerana usus besar telah dijangkiti oleh bakteria. Tempat jangkitan akan berdarah dan akan keluar bersama dengan najis.

Bagi  dewasa
  • Rimas, mengatuk, tidak bermaya, lemah dan lesu.
  • Tidak ada air mata.
  • Mata menjadi seperi tenggelam dan kering.
  • Mulut menjadi kering dan menggelupas.
  • Pernafasan menjadi kencang dan dalam.
  • Kulit seperti mudah dicubit kerana terlalu nipis dan lembut.
  • Berat badan menurun.
  • Jarang membuang air kencing dan air kencing pula berwarna pekat, kuning pinang masak dan gelap.
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah

Kesan – kesan cirit-birit

  • Kehilangan banyak cecair dalam badan ( najis yang cair )
  • Perut memulas
  • Menyebabkan kematian jika tidak di rawat.
  • Masalah akibat kekurangan beberapa jenis vitamin seperti darah tidak sihat ( zat besi, asid folic, vitamin B ), semut-semut atau kebas ( Vitamin B Kompleks & vitamin  Thiamine )
  • Masalah infeksi dan infestasi cacing, perkembangan fizikal dan mental terjejas jika masalah berlanjutan.

Rawatan bagi kanak-kanak

Bagi bayi, keadaan ini serius kerana tanda-tanda penyakit yang menyusuli boleh menyebabkan penyahhidratan.
1.         Jika anak muntah dan mengalami cirit-birit, periksa suhu badan untuk menentukan   samada anak demam.
2.         Periksa tinja untuk menentukan sama ada terdapat darah atau nanah.
3.         Biar anak baring di atas katil dan jangan beri sebarang makanan tetapi pastikan dia    kerap diberi minum air yang dicampur secubit garam dan 5ml glukos.
4.         Cuba tentukan makanan yang dimakan oleh anak yang telah menyebabkan timbulnya tanda-tanda penyakit.
Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika anak muntah atau cirit-birit berterusan selama lebih enam jam dan keadaan ini tidak boleh dikawal melalui pemakanan cecair sahaja. Bawa anak berjumpa doktor dengan segera jika keadaan anak masih tidak pulih dalam tempoh 24 jam.
Biasanya,  tiada rawatan khusus kecuali pemberian bendalir dan garam yang banyak hilang melalui cirit-birit dan muntah. Doktor mungkin akan memberi sejenis serbuk yang mengandungi glukos dan garam untuk dicampur dalam minuman. Bagi bayi yang menyusu botol, hentikan pemberian susu. Jika anak mengalami penyahhidratan, doktor akan memasukkan anak ke hospital supaya

bendalir dapat diberi secara intravena. Jika anak mengalami muntah yang teruk, doktor mungkin memberi anak suntikan dadah antiemetik untuk menghentikan muntah.

Letakkan baldi di tepi katil supaya anak tidak perlu berjalan ke tandas. Jika anak demam, gunakan pek ais atau tuala muka yang lembab untuk      menyegarkan anak. Jika anak muntah, bantu anak berkumur dengan air.

Utamakan kebersihan. Keracunan makanan mudah berjangkit. Oleh itu, pastikan anak sentiasa membasuh tangan setiap kali dia ke tandas. Basuh tangan anda selepas menukarkan lampin anak.

Bagi mengelak berlakunya keracunan makanan, masukkan setiap makanan yang telah dimasak ke dalam peti sejuk. Semasa makanan ini dipanaskan semula, pastikan ini dilakukan dengan sepenuhnya. Salmonella hidup biak dalam makanan yang suam panas tetapi akan mati pada suhu yang tinggi. Jika anak enggan minum air dengan secukupnya atau tidak menyukai rasa serbuk khas, beri anak minum air kelapa.

Kanak-kanak perlu diberi air yang lebih banyak dari kadar biasa. Minuman yang sesuai ialah Garam Oral Dehidrasi (ORS), susu ibu, kanji, sup, air nasi, air buah-buahan, teh cair, air kelapa muda atau sekurang-kurangnya air masak suam. Minuman tersebut hendaklah diberi selepas setiap kali membuang air besar.

Beri anak makanan yang mudah dihadam seperti bubur, yogurt, jeli dan makanan tanpa lemak sebaik sahaja anak mula mahu makan. Kesan penyakit biasanya akan hilang dalam tempoh seminggu. Ikut arahan doktor bagi pemberian semula susu bayi yang menggunakan botol.

Periksa makanan yang dimakan oleh anak 24 jam sebelumnya. Buang sebarang  makanan yang mungkin menjadi punca cirit-birit dan muntah seperti daging, ikan, bahan bersusu atau roti.

Ubat antibiotik dan cirit-birit tidak digalakkan diberi kepada kanak-kanak kerana ia akan lebih memburukkan keadaan. Biasanya susu ditukar kepada susu tanpa laktosa / susu kacang soya.

Rawatan bagi orang dewasa

1.            Ubat pencegah cirit-birit ( apiod ) diberikan
2.            Makan dengan lebih untuk menggantikan zat dan  vitamin yang hilang
3.            Minum air dengan banyak untuk menggantikan elektrolit yang hilang
4.            Berikan ubat antibiotik seperti trimethoprim, sulfamethoxzole dan erthrommycin.

Cara-cara pencegahan
Langkah utama untuk menghindar dan melindungi  penyakit yang menyebabkan cirit birit   dan muntah-muntah adalah dengan melindungi makanan dari tercemar oleh kuman-kuman patogens yang boleh menyebabkan penyakit. Sebagai panduan asas, beberapa perkara berikut boleh dilakukan untuk mengelakkan cirit-birit dan muntah.

Pemilihan Bahan Mentah
Pemilihan bahan mentah yang berkualiti dan selamat. Bahan-bahan mentah seperti telur, ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan susu amat mudah tercemar oleh kuman. Bahan-bahan mentah ini perlulah dipilih dengan teliti dan elakkan daripada membeli bahan mentah yang telah diketahui disimpan atau dikendalikan dengan cara yang tidak bersih ataupun disimpan bercampur dengan bahan-bahan kimia ataupun bahan-bahan bukan makanan.
Pastikan bahan segar seperti daging, ikan dan ayam berada pada suhu sejuk. Memandangkan musim panas ais akan mudah cair dan menjejaskan suhu penyimpanan semasa di jualan.
Bagi makanan yang akan dimakan mentah seperti timun dan salad, ia perlulah dibasuh dengan sempurna sebelum ianya dimakan. Elakkan menggunakan air yang sama berulang kali untuk mencuci sayur-sayuran ini walaupun cara ini dapat menjimatkan air.

Penyimpanan bahan Mentah
Bahan mentah yang perlu disimpan lama seperti ayam, ikan dan daging perlu disimpan pada suhu sejuk beku. Penyimpanan dalam suhu sejuk beku yang sempurna dapat menahan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.

Memasak makanan
  Proses memasak bukan hanya bertujuan menambahkan kelazatan dan lebih mudah dimakan tetapi juga bertujuan membunuh bakteria. Pada umumnya, masak pada suhu didih (100 °C) pada jangkamasa 5 – 10 minit adalah cukup untuk membunuh bakteri
Penggunaan haba basah seperti kukus dan rebus adalah lebih berkesan berbanding dengan haba kering seperti oven untuk membunuh bakteria. Walau bagaimanapun, bahan-bahan kimia dan toksin adalah stabil dan tidak musnah melalui proses memasak.

Penyimpanan makanan
Makanan yang telah dimasak dan disimpan lama pada suhu biasa (suhu bilik) memberikan keadaan yang amat sesuai untuk pertumbuhan bakteria. Keadaan ini menyebabkan makanan menjadi rosak dan basi.
Bagi mengelakkan keadaan ini, makanan perlu disimpan di tempat yang bersih dan bertutup; tidak disimpan bersama dengan bahan mentah untuk mengelakkan pencemaran silang dan tidak terdedah kepada agen-agen pembawa bakteria seperti lalat dan lipas.
  
Pemanasan Semula Makanan
Kaedah ini adalah amat penting kerana pemanasan semula makanan dapat membunuh bakteria yang mungkin telah mencemari makanan yang disimpan. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya akan berfaedah jika pemanasan dilakukan hingga kepada suhu yang diperlukan dan rata kepada semua bahagian makanan. Suhu yang disyorkan adalah sekurang-kurangnya 70 °C selama 5 – 10 minit. Pemanasan yang berulang-ulang kali adalah tidak digalakkan.

Menghidang Makanan
Makanan yang dihidangkan secara terbuka akan mudah dicemari. Pencemaran boleh berlaku secara terus, melalui serangga seperti lalat dan lipas. Bagi mengelakkan hidangan dicemari ianya perlulah ditutup dengan sempurna dengan penutup yang bersih dan sesuai. 

Air Minuman
Air minuman perlu dimasak terlebih dahulu. Bagi kawasan yang mengalami keputusan bekalan air paip, pastikan bekalan air daripada tangki-tangki yang dihantar oleh pihak pembekalan air ke rumah-rumah ditadah, dibiarkan seketika sehingga ampaian atau habuk-habuk yang terdapat di dalam air termendap ke bawah sebelum dimasak dan diminum. Dalam keadaan cuaca yang panas ini juga, pastikan jumlah air yang diminum mencukupi iaitu sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas sehari kerana tubuh mudah mengalami dehidrasi pada
musim panas ini. Keadaan dehidrasi boleh menyebabkan penurunan tahap ketahanan (imuniti) tubuh terhadap sesuatu penyakit. Ibu bapa perlu memberi tumpuan kepada anak-anak kerana mereka adalah golongan yang paling mudah diserang demam, batuk, selsema kerana ketahanan tubuh yang rendah.


Kebersihan Diri
Pastikan tangan anda bersih setiap kali hendak memegang makanan. Ada yang menganggap cara ini sukar dipraktikkan semasa ketiadaan air. Pada musim catuan air dilakukan, sudah pastinya air bersih sukar diperolehi. Walau bagaimanapun, kita perlu memastikan amalan kebersihan dipatuhi. Pastikan bekalan air mencukupi sebelum menyediakan makanan walaupun cara ini memerlukan lebih masa dan tenaga.
Adalah amat penting tidak berkuku panjang dan kotor. Elakkan diri dari mengendali makanan jika terdapat penyakit kulit seperti bisul, kudis atau luka yang bernanah di tangan. Penyakit kulit seperti ini membawa bakteria yang boleh mencemarkan makanan. 

 Cara terbaik untuk mengelakkan cirit-birit dan muntah
.
Berikut ialah beberapa cara yang betul dalam pengendalian makanan dan keselamatan di dapur.
·         Peti sejuk mestilah kurang dari 4 darjah celsius atau 0 darjah celsius untuk peti dingin beku. Perlu diingatkan bahawa suhu sejuk tidak membunuh bakteria, tetapi menghalang daripada membiak. Makanan yang disimpan mestilah dalam bekas yang ditutup atau dibungkus.
·         Basuh tangan dengan teliti sebelum atau selepas mengendalikan makanan bagi mengelakkan pencemaran bakteria salmonella atau organisme lain.
·         Peralatan dapur seperti alat pemotong perlu dibasuh dengan air panas sebelum penggunaan terutamanya alas pemotong daging.
·         Alas pemotong yang terbaik ialah jenis arkrilik kerana mudah dibasuh dan tidak meninggalkan alur yang membolehkan bakteria hidup.
·         Sebaik-baiknya gunakan alas pemotong yang berasingan bagi daging dan sayur- sayuran.
·         Jangan sekali-kali memakan makanan berkulat.
·         Mengasingkan makanan yang telah dimasak dengan makanan yang belum dimasak atau yang mentah. Ini kerana makanan yang telah dimasak lebih mudah tercemar berbanding makanan belum masak.
·         Pilih makanan yang telah dimasak untuk menjaga keselamatan. Banyak makanan seperti buah dan sayur agak selamat dalam keadaan semulajadinya.
·         Makan makanan yang dimasak serta merta. Apabila makanan telah sejuk, bakteria lebih mudah mencemarinya.
·         Simpan makanan yang telah dimasak dengan cermat pada keadaan yang sesuai. Simpan di atas pemanas atau kawasan dingin.
·         Jaga kebersihan rumah dan halaman utuk mengurangkan atau mencegah lalat. Buangkan sampah sarap ke dalam tong, beg plastik atau ditanam.

Muntah tanpa cirit birit

Rasa mual dan diikuti dengan muntah-muntah.


Punca-punca

Hayunan badan dan kepala secara berturut-turut  dan dalam jangka waktu yang lama meransangkan organ-organ pengimbang badan dalam telinga  (organ vestibul). Ransangan ini kemudian dialirkan ke pusat muntah di retikulum medulari yang terletak di otak.

Simptom

1.            Muka kelihatan pucat
2.            Banyak berpeluh
3.            Mengantuk
4.            Kepala terasa ringan dan pening 
5.            Perut terasa senak
6.            Kegelisahan.
7.            Rasa mual dan keluar air liur berlebihan ( rasa payau dan pahit )

Ulasan

  1. what's up adna2029.blogspot.com admin found your website via yahoo but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your site http://xrumer-service.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic Take care. Jeremy

    BalasPadam
  2. greetings adna2029.blogspot.com blogger found your website via Google but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered website which offer to dramatically increase traffic to your blog http://xrumer-services.net they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic Take care. Roberto

    BalasPadam
  3. hi adna2029.blogspot.com blogger found your site via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your site http://cheap-mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my blog. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic Take care. Richard

    BalasPadam
  4. Salam,

    Anak saya juga mengalami cirit birit lebih kurang seminggu. Selepas saya bagi dia aloe vera, alhamdullilah dia dah ok. Makan ubat hospital lagi banyak dia muntah. Saya Ada share pengalaman ini di blog saya:
    www.coachfahmi.blogspot.com

    BalasPadam
  5. data you have blog for extra soon.
    [url=http://driverdownload.in/razg57053.html]quality dependent content and other[/url]

    BalasPadam
  6. the good information you have right here on this post.
    [url=http://downloaddvdrip.me/moviehash57053.html]depending and other data[/url]

    BalasPadam
  7. an enormous thumbs up for the good data.
    [url=http://bestebookdownloads.net/version57053.html]gives these kinds of information[/url]

    BalasPadam
  8. Hiya!
    [url=http://allnewserialcrack.info/minfo57053.html]site offers quality[/url]

    BalasPadam
  9. Hello. info will likely be for more soon.
    [url=http://megadriverdownload.com/mino57053.html]I know this website stuff[/url]

    BalasPadam
  10. terima kasih kerana berkongsi info..sangat membantu...

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular