Semak Peperiksaan Anak-Anak Secara Maya atau Online (SAPS)



wahh zaman koi maju kan..dulu-dulu mak ayah kita kalau nak taw keputusan anak-anak kena pergi jumpa guru kelas baru boleh tahu keputusan peperiksaan anak-anak mereka..tapi zaman sekarang main dengan dunia semakin canggih di hujung jari ja dapat tahu keputusan iaitu melalui sistem SAPS..

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.

jom kita selongkar apakah yang di katakan SAPS yang di maksudkan adalah SISTEM ANALISA PEPERIKSAAN SEKOLAH 

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia Kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini turut dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau penjaga Ia berikutan Ibubapa atau Penjaga boleh memantau perkembangan prestasi belajar selain dapat muat-turun (download) slip keputusan peperiksaan anak atau jagaan mereka melalui Sistem Aplikasi Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) berkenaan 


Ibubapa atau penjaga hanya perlu mengikuti beberapa langkah-langkah mudah untuk membuat semakan melalui penerangan info yang dinyatakan dalam ruangan berikut Maklumat SAPS Semakan Slip Peperiksaan Pelajar  Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Sistem Aplikasi Online SAPS Sistem Aplikasi Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) SAPS NKRA Ibu Bapa Semakan Keputusan Peperiksaan Pelajar NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara (Pendidikan) Panduan Penggunaan Sistem Aplikasi Semakan Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Panduan Semakan Setelah melayari laman sistem Aplikasi Analisis Peperiksaan menerusi judul pautan di atas Ibubapa atau Penjaga hanya perlu melakukan beberapa perkara seperti dinyatakan di bawah untuk membuat semakan keputusan ujian / peperiksaan


Sistem ini diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, Profil sekolah.
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk melihat slip keputusan peperiksaan anak anda secara online :

1. Pergi ke laman web SAPS -http://sapsnkra.moe.gov.my/ Kemudian, click Semakan Ibu Bapa



2. Masukkan No. Sijil Lahir / No. K/P Pelajar  (TANPA "-" atau "SPACE") dan pilih sama adasekolah rendah atau sekolah menengah. Kemudian, click perkataan Semak.


3. Paparan berikutnya menunjukkan maklumat sekolah dan no. telefon, no. k/p, nama murid, tahun/tingkatan dan kelas. Anda boleh memilih  jenis peperiksaan untuk melihat slip keputusan. Kemudian, click Papar Slip

***contoh



Contoh slip keputusan pelajar
Anda juga boleh melihat analisis markah dengan cara click perkataan Papar Analisa.




Contoh analisa keputusan pelajar
 Slip keputusan dan analisa markah ini boleh dicetak dengan cara click perkataan Cetak.


* Untuk makluman, buat masa ini Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) tidak menyediakan semakan untuk ibu bapa bagi melihat keputusan PBS sepertimana SAPS. Keputusan hanya boleh diperolehi melalui guru kelas / mata pelajaran.







 1. Melengkapkan ruangan No KP atau Sijil Lahir 
2. Tandakan pilihan Sekolah sama ada Rendah atau Menengah juga pilih tahun peperiksaan yang mahu di semak 
3. Masukkan Kod Pengesahan seperti yang telah tertera
 4. Kemudian klik pada ‘butang’ semak dan seterusnya laporan peperiksaan akan dipaparkan Sebagai info, bagi Sekolah Rendah sistem SAPS hanya menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 manakala bagi Sekolah Menengah ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 

5 Sila pastikan komputer atau peranti mudah alih dilengkapi dengan perisian Adobe Reader (PDF) bagi membolehkan lampiran slip keputusan juga pemarkahan dapat dipaparkan dan dimuat turun (download) dengan sempurna Data rekod peperiksaan pelajar bagi tahun-tahun sebelumnya turut boleh disemak menerusi sistem aplikasi yang sama Gred Pemarkahan Terkini Sekolah Rendah Dan Menengah (Menengah Rendah / Atas)

 Lampiran Lampiran Maklumat Gred Sekolah Rendah Dan Menengah Rendah / Atas Tindakan Penyelesaian Sekiranya No KP atau Sijil Lahir pelajar tidak dapat mengakses sistem SAPS, Ibubapa perlu atau meminta anak jagaan mereka menghubungi guru kelas (GK) bagi memaklumkan masalah tersebut Tindakan seterusnya akan di buat oleh guru kelas dengan mengemaskini data pelajar berkenaan melalui sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan melaporkan masalah ini kepada Setiausaha Peperiksaan (SUP) sekolah Jika terdapat kesalahan seperti ejaan nama pelajar tidak betul, sila lakukan tindakan yang sama seperti diatas Kemungkinan Gangguan Akses Kemungkinan pengguna atau Ibu Bapa akan mengalami kesukaran untuk mengakses Portal SAPS berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada masa sama yang melebihi batas maksimal kemampuan daya tampung (proses) server Ataupun Portal SAPS sedang dalam proses pengemaskinian atau dalam penyelarasan bagi tujuan penambahbaikkan sistem Jika mengalami situasi seperti yang dinyatakan diharap bersabar dan layari portal SAPS dari semasa ke semasa Halaman Utama Portal Rasmi SAPS – NRKA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Pautan (Link) https://sapsnkra.moe.gov.my

Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai Saps Semakan Ibu Bapa ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.

Ulasan

Catat Ulasan

,")..Terima Kasih kerana sudi utk memberi sepatah dua kata dekat ana yer...
Terbuka renda tertanggal butang,
Kebaya AcIk Ana butang selari;
Jika tiada aral melintang,
Sila LA Lagi DATANG kemari.('',



Catatan Popular